Cara yang betul melakukan solat Jamak dan Qasar




* Makna Jamak ialah dihimpunkan dan Jamak ada 2 iaitu

  •   Jamak Takdim - Melakukan solat asar dalam waktu zuhur atau isyak dalam waktu maghrib

  •   Jamak Takhir  - Melakukan  solat zuhur dalam waktu asar atau maghrib dalam waktu isyak



* Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:-

"Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim. (Lihat Video untuk lebih paham)


 Jamak Takdim dan diQasarkan (dipendekkan)

  Melakukan solat asar dalam waktu zuhur di namakan jamak takdim.
    - Lakukan solat zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula solat asar 2 rakaat.

Niat untuk solat zuhur ialah 

"Sahaja aku solat fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim  kerana Allah Taala".


Niat untuk solat asar pula ialah 

"Sahaja aku solat fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".



Jamak Takhir dan diQasarkan (dipendekkan)

  Melakukan solat zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
 * Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:-

"Aku nak jamakkan solat zuhur dalam waktu asar"
Lakukan solat asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula solat zuhur 2 rakaat.


Niat untuk solat asar ialah 

"Sahaja aku solat fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".


Niat untuk solat zuhur ialah 

"sahaja aku solat fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".


Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-



Jamak takdim dan diqasarkan (dipendekkan)

1.Melakukan solat isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.


Niat untuk solat magrib ialah

"Sahaja aku solat fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".


Niat untuk solat isyak ialah

"Sahaja aku solat fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak takhir dan diqasarkan (dipendekkan)


1.  Melakukan solat magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
     Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir

"Aku nak jamakkan solat magrib dalam  waktu isyak"


Niat untuk solat isyak ialah

"Sahaja aku solat fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".


Niat untuk solat magrib ialah


"Sahaja aku solat fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".

Lihat Video