Agama Islam adalah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad
shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dengan agama inilah Allah menutup agama-agama
sebelumnya. Allah telah menyempurnakan agama ini bagi hamba-hambaNya. Dengan
agama Islam ini pula Allah menyempurnakan nikmat atas mereka. Allah hanya redo
Islam sebagai agama yang wajib mereka
peluk. Oleh sebab itu tidak ada suatu agama pun yang diterima selain Islam.
Allah berfirman dalam surah Al Imran : ayat 19
إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ
“Sesungguhnya agama yang benar di sisi
Allah hanyalah Islam.”
"Sebagai Seorang Islam kita perlu ikut 5 rukun islam
dan 6 rukun iman"
5 rukun islam
Maksud rukun Islam : Adalah ketentuan /
peraturan yang harus dipenuhi jika tidak dipenuhi tidak sempurna islamnya
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
Syahadat ini
memiliki makna mengucapkan dengan lisan, membenarkan dengan hati lalu
mengamalkannya melalui perbuatan. Adapun orang yang mengucapkannya secara lisan
namun tidak mengetahui maknanya dan tidak mengamalkannya maka tidak ada manfaat
sama sekali dengan syahadatnya.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ
إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ
ASYHADU ALLAAA ILAAHA ILLALLAAH , WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH…
“Aku bersaksi bahwa Tiada Tuhan yang layak disembah
kecuali Allah, dan aku bersaksi bahwa
Nabi Muhammad adalah utusan Allah”
2. Mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.
Solat juga disebut dalam
kalangan masyarakat sebagai sembahyang. Solat adalah salah satu amalan penting
di dalam Islam, yang mengandungi beberapa pergerakan fizikal dan bacaan-bacaan
tertentu.
Terdapat 5 solat yang wajib
dilakukan oleh orang Islam iaitu Solat Subuh, Solat Zohor, Solat Asar, Solat
Maghrib dan Solat Isyak.
Seperti ibadat-ibadat lain di
dalam Islam, cara untuk melakukan solat mestilah sama dan mengikuti cara yang
diajarkan oleh Nabi Muhammad.
3. Menunaikan zakat
zakat adalah kewajiban menyisihkan jenis harta
tertentu untuk disalurkan kepada sekelompok orang tertentu pada waktu tertentu.
Jenis zakat
ZAKAT FITRAH :
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu
lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang
tertentu.
ZAKAT HARTA :
Zakat harta
boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah
harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah
bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada
kita.
Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu
jalan jihad kepada Allah dan Islam. Kadar pengeluaran zakat ditentutkan oleh
oleh Nisab (harga syiling) sesebuah negara setiap tahun. Contoh harta kita ada
RM 25 k dan nisab pada tahun itu 23k maka : RM 25k – RM 23K : RM 2k (nilai ini
dizakatkan)
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
Pengertian puasa merupakan ibadah kepada Allah dan
menjalankan perintah-Nya. Seorang hamba meninggalkan syahwatnya, makan dan
minumnya demi Allah. Hal itu di antara sarana terbesar mencapai taqwa kepada
Allah ta’ala.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.
haji merupakan bentuk ibadah kepada Allah ta’ala
dengan ruh, badan dan harta.
6 rukun iman
Iman menurut bahasa, bermaksud membenarkan. Iman menurut istilah syariat, maksudnya
mengakui dengan lisan (perkataan), membenarkan dengan hati (tashdiiq) dan
mengamalkannnya dengan anggota tubuh.
1. Beriman kepada Allah.
Dengan
iman kita membulatkan keyakinan diri serta hati semata-mata kerana Allah.
Secara positif menuju tauhid yang murni dan secara negatif menafika segala
bentuk pemujaan kepada selain dari Allah.
2.
Beriman kepada malaikat.
Dengan
iman kita mempercayai wujudnya makhluk ghaib bernama malaikat yang melaksanakan
tugasnya menurut perintah Allah. Wajib kita mempercayai alam ghaib seperti yang
diberitakan Allah dan menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak diberitakan
Allah.
3.
Beriman kepada kitab.
Iaitu
kita mempercayai adanya kitab suci yang Allah turunkan kepada umat manusia
melalui utusan-Nya bagi memimpin mereka ke jalan yang selamat. Kitab suci ini
di akhiri dengan al-Quran.
4.
Beriman kepada nabi dan rasul.
Dengan
beriman kepada nabi dan rasul kita meyakini adanya manusia pilihan yang
diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk yang di akhiri dengan Nabi
Muhammad.
5.
Beriman kepada hari kiamat.
Dengan
iman kita meyakini di sebalik kehidupan di dunia ini masih ada kehidupan lain
yang kekal abadi buat selama-lamanya iaitu suatu tempat penentuan manusia sama
ada ke syurga atau neraka.
6.
Beriman kepada qada' dan qadar.