CARA SUJUD SAHWI YANG BETUL

Maksud sahwi adalah lupa.

Dari segi syarak bermaksud terlupa sesuatu ketika dalam solat.

Sebab-sebab sujud sahwi terbahagi kepada tiga:
Kerana kelebihan
Kerana ragu-ragu
Kerana kekurangan

Kerana Kelebihan: Kerana terlupa ketika solat lalu tertambah rukuk, atau sujud dan sebagainya.Jadi ia perlu sujud sahwi.

Kerana Ragu-ragu: Tidak yakin sama ada terlebih atau terkurang seperti bilangan rakaat ketika dalam solat.

Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.

Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam. Kerana Kekurangan: terlupa untuk melakukan salah satu sunat aba'ad seperti tahiyat awal atau doa qunu
                                                                                                 Lihat video