*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya
Cara menggunakan Bismillah 5 :
1.letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kmdn tiup tempt tadi, kemudian baru tiup di air; atau
2.kalau tpt sakit tu tak boleh diletakkan tangan krn sakit atau sukar utk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahwa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.
Kesan Sampingan:
Dengan mengamalkan Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.
Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan
pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ianya dilakukan secara berjemaah
selepas mendengar khutbah. Solat Jumaat itu hukumnya Fardhu Ain, iaitu wajib
dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu. ( Lihat Video untuk lebih paham)
Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan
untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid
untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah
berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," - Al-Jumu'ah: 9
Sabda Rasulullah SAW:
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap
orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang
dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." - Riwayat Abu Dawud
& Hakim.
Syarat wajib solat Jumaat:
1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang
musafir.
Syarat sah solat Jumaat:
1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu
tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang
yang tinggal tetap di kawasan itu.
4. Didahului dengan dua khutbah.
Rukun-rukun khutbah Jumaat:
1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT
seperti ucapan: "Allahamdulillah".
2. Diikuti dengan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW:
"Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah
agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada
Allah."
4. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau
kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua
sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."
Syarat sah Khutbah Jumaat:
1. Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika
orang perempuan.
2. Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
3. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan
tempat.
4. Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
5. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan
sebelum solat Jumaat.
6. Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak
boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam bahasa
Melayu.
7. Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang
kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat.
8. Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum
memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka
pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.
9. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun
tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
10. Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga
akhir solat.
* Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah
ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat
Zohor seperti biasa:
1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau
bimbang akan memudaratan penyakitnya.
2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke
masjid.
3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk
bermusafir.
4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di
zalimi.
Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat:
1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat
ke Masjid.
2. Memotong kuku.
3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung,
misai].
4. Bersugi.
5. Memakai wangi-wangian.
6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan
cantik.
7. Bersegera pergi ke masjid.
8. Berniat iktikaf.
9. Solat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam
masjid.
10. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan
bersalawat atas Nabi.
Dari segi syarak bermaksud terlupa sesuatu ketika dalam
solat.
Sebab-sebab sujud sahwi terbahagi kepada tiga:
Kerana kelebihan
Kerana ragu-ragu
Kerana kekurangan
Kerana Kelebihan: Kerana terlupa ketika solat lalu tertambah
rukuk, atau sujud dan sebagainya.Jadi ia perlu sujud sahwi.
Kerana Ragu-ragu: Tidak yakin sama ada terlebih atau
terkurang seperti bilangan rakaat ketika dalam solat.
Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal
(waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam
rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil
sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah
salam.
Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan
tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus
mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat
yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum
salam. Kerana Kekurangan: terlupa untuk melakukan salah
satu sunat aba'ad seperti tahiyat awal atau doa qunu
Tidak sah solat kita sekiranya rukun dalam solat tidak kita patuhi. Sebagaimana kita ketahui bahawa rukun solat ada tiga belas. Dari
ketiga belas rukun solat tersebut, dapat dibahagi kepada tiga jenis, iaitu:
1.
Rukun qalbi, menrangkumi satu rukun iaitu niat.
2.
Rukun qauli, merangkumi lima rukun yaitu : takbiratul ihram, membaca
Al-Fatihah, membaca tasyahud akhir, membaca shalawat, dan salam(hendaklah
dibaca dengan bacaan sehingga didengari di telinga sendiri)
3.
Rukun fi’li, merangkumi enam rukun, yaitu berdiri, ruku’, i’tidal, sujud, duduk
diantara dua sujud, duduk tasyahud akhir. Adapun rukun yang ketiga belas, yaitu
tertib, merupakan gabungan dari qauli dan fi’li (Rukun dlakukan dengan
perbuatan).
KHUSUS
UNTUK RUKUN QAULI, berkata An-Nawawi: Adapun selain imam, maka disunnahkan
baginya untuk tidak mengeraskan suara ketika membaca lafazh takbir, baik dia
menjadi makmum atau ketika shalat sendiri (munfarid). Tidak mengeraskan suara seperti
suara yang pelahan adalah bisa didengar oleh dirinya sendiri jika
pendengarannya normal.
Para
ulama madzhab Syafi`i berpendapat bahwa orang yang bisu bukan sejak lahir
-mengalami kecelakaan di masa perkembangannya- wajib menggerakkan mulutnya
ketika membaca lafadz takbir, ayat-ayat Al-Qur`an doa tasyahud dan lain
sebagainya, karena dengan melaksanakan demikian, dia dianggap melafadzkan dan
menggerakkan mulut, sebab perbuatan yang tidak mampu dikerjakan akan dimaafkan,
akan tetapi selagi masih mampu dikerjakan maka harus dilakukan
Kalau dalam perkara sunat, makmum tidak dibenarkan
melawan atau menyalahi imam. Contohnya, imam terlupa membaca tahiyat awal pada
rakaat kedua sebaliknya terus qiam selepas sujud.
Dalam hal ini, makmum wajib ikut imam cuma dia boleh menegur
dengan menyebut subhanallah supaya imam tahu dia terlupa tahiyat awal dan boleh
sujud sahwi kemudian.
Jika makmum berkeras dan membaca tahiyat awal maka solatnya
batal.
Lain pula halnya jika yang terlupa itu melibatkan rukun.
Contohnya, imam bangkit selepas rakaat keempat pada solat asar.
Kalau makmum sedar imam terlebih rakaat, maka dia tidak
boleh ikut bangun. Jika makmum ikut tambah satu rakaat, maka solatnya batal.
Walhal bagi imam, solatnya sah kerana dikira uzur akibat terlupa. Dengan itu,
imam boleh teruskan solat hingga memberi salam.
Sebaliknya makmum diberi pilihan sama ada hendaklah duduk
tahiyat akhir dan tunggu imam sehingga sampai salam atau niat mufarakah
(berpisah daripada imam).
Rujuk video untuk gambaran lebih jelas